Sudah lama ruangan blog ini tidak diedit dan dihiasi dgn coretan drpd penulisnya..haha
Akhirnya, terdetik di hati nak menulis sesuatu dek ketegangan dalam menghabiskan silibus untuk exam pada awal Jun nanti..
...................................................................................................................
Hari ini, ak ada kelas Icterus jam 10am..tiba2, terasa malas pulak sbb dah lama x pergi kelas sbb 'exam leave' dah lama dinikmati..apa2 pun, ini adalah 'last class'..nak tak nak, ak gagahkan kaki untuk melangkah menuju ke Physiology department...Tepat jam 10.10am, ak sampai.di muka pintu dewan kuliah..hehe, maaf terlambat..namun, kelibat Dr Akef masih belum kulihat...menyedari ruangan kuliah khas utk budak2 Malaysia didominasi oleh pihak akhawat, ak melangkah masuk dgn berhati-hati takut tersalah niat..."asyik2 mcm ni je bile combine kls", fikirku sendirian sambil mencari-cari tempat duduk yang kosong dan strategik..hehe..ak kalau bab memilih tempat ni sensitif skit, tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat..kalau ak rasa 'confident' sikit sbb dah prepare awal2, ak akan duduk depan..paling depan skali..huhu
Kadar metabolisma badan ak menurun, tp haba yang terhasil masih lg berlegar-legar di sekeliling tubuhku..siapa suruh ak datang lambat, dah tahu rumah tu jauh dan memakan masa, sampai terkejar-kejar ak ketika nak melintas jalan..agak2 lah 'timing' tu..haha...
Selepas beberapa minit ak melabuhkan punggungku di atas kerusi kayu yang panjang itu, berbaris-baris budak2 ikhwah muncul drpd muka pintu..ak tanpa segan silu membuka ruang bagi mereka memenuhi ruang2 kosong yang lain,,,ak masih lg ingat, hanya 5 org ikhwah je yang duduk di barisan hadapan sekali termasuk ak yang menetap di penjuru kanan..hujung sekali..terpinga-pinga ak dibuatnya takut2 tak nampak 'whiteboard' di depan dgn menyeluruh...
10 minit berlalu...mana Prof. ni??..kls dihuni oleh suara2 pelajar yang terdiri drpd pelbagai kadar frekuensi yg berbeza-beza..tp, yg paling membingitkan telinga adalah nada2 drpd 'high frequency'..aarrgh..bisingnya...lantas kusambar buku nota kecil di dalam beg ak dan ak membelek kertas2 sambil mengulangkaji balik tajuk Kidney yg sedia tercatat...
Masa berlalu tanpa kusedari...sehinggalah ku terdengar gemaan suara Dr. Akef di luar dewan/kls...Alhamdulillah sampai jgk, ak dah tak tahan dah dgn suasana ini...silap haribulan, boleh jadi tension tak tentu pasal..haha
...................................................................................................................
Usai ak dan rakan2 keluar kls, ak menjenguk jam yg tertera di handphone..aik..pukul DUA!!..jd, 'lecture' tadi lebih kurang 3 jam lebih lah..fuhh, tidak ku sangka diri ini mampu stay 'alert' lebih drpd sejam, Alhamdulillah...sebelum ini, kls 2 jam pun dah terumbang ambing ak punya tumpuan..inikan pula 3 jam....namun, ak ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih kpd Dr Akef walaupun beliau tidak mengajar budak2 ikhwah tahun ini kerana beliau banyak memberiku inspirasi dan semangat untuk menceburi bidang perubatan pada tahun lepas dan tahun ini juga..(mungkin sbb ni kot ak dapat tahan kls berjam-jam..haha)...last sekali, terima kasih kepada semua Prof2 dan Dr2 yang sudi mencurahkan ilmu dan tenaga kpd kami semua...hanya Allah Swt yang mengetahui betapa kami semua menghargai pemberian anda selama ini......................................................................................................................
'Point' utamaku dalam post ini adalah hanya sekadar untuk mengingati jasa2 para 'Lecturer' yang sudi membanting tenaga tulang empat kerat untuk memahamkan pelajar2 medic Gen 09 tentang ilmu perubatan sehari demi sehari sehinggalah kini..InsyaAllah, me and my very valuable friends will do our very best for the final 2nd year exam 2011..sekian, tk..wasalam~