Salam semua, lama x menulis, cuma kali ini terasa hati nak menulis sesuatu..
Usai solat jumaat berjemaah di sebuah masjid, ingin sekali ku berkongsi perasaan ini. Perasaan yang timbul tatkala ketika mana khatib membicarakan tentang kedudukan ibu bapa dalam ketaatan seseorang. Pertama sudah tentu kepada Allah dan RasulNya, yang kedua kepada ibu kita, ibu, ibu dan bapa kita. Banyak ayat Quran sendiri yang sampai kepada banyak mengkehadapankan ibubapa dalam berbuat ketaatan.
Teringat kisah ketika diri ini masih bergelar anak kecil, asyik dimarahi dek kerana sikap yang kurang matang dan nakalnya perbuatan terhadap orang lain. Bolehkah kita mengingati kembali masa lampau kita? Boleh! Bahkan Islam sendiri menggalakkan kita utk mengingati kembali kenangan manis masa lampau bersama ibubapa, adik-beradik yang membesar bersama dan juga kenangan bersama isteri (jika adalah). Tujuannya adalah supaya kita menghargai memori,pengorbanan dan kesusahan ketika itu. Diri ini hanya mampu tersenyum, bukan sahaja gelinya hati, bahkan suka dan gembiranya akan kehadiran kenangan manis yang serba indah itu.
Kawan-kawan, mari kita selalu ingatkan kepada ibu bapa selepas Allah dan RasulNya dengan itu barulah kita akan selalu bergerak ke hadapan kerana adanya harapan dan kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah yang mengiringi perjalanan hidup. Bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai ibubapa mereka kerana anda masih ada lagi peluang untuk berbakti dan menggembirakan mereka.