Bismillah....
Assalamualaikum...di sini ingin berkongsi satu permasalahan yg mana satu persoalan telah dilontarkan kpd seorang shbt Muslim oleh seorang Atheist yg berbunyi :
Assalamualaikum...di sini ingin berkongsi satu permasalahan yg mana satu persoalan telah dilontarkan kpd seorang shbt Muslim oleh seorang Atheist yg berbunyi :
"kenapa umat islam just ikut apa yang nabi Muhammad suruh tanpa mempersoalkan kembali.. sebagai contoh, bila Nabi cakap makan babi tu haram, kita ikut je. dulu mmg babi tu kotor, makan najis.. tapi sekarang babi dah diternak dalam environment yang bersih..so, nampak sangat islam tu tak sesuai untuk masa sekarang.."
Pertama sekali, bagaimana kita nk menerangkan perihal haiwan yg kita benci ini..tentu sekali, setiap drpd ciptaan yg terdapat pada tubuh haiwan itu sprt kulit, kuku, saliva dan etc adalah HARAM bagi kita sebagai Muslim utk menyentuhnya, apatah lagi memakannya..
Mari kita lihat dulu Dalil2 drpd Al-Quran itu sendiri:
Al- Ma'idah:3
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan..."..ila akhirilayat.
Al-Ana'am:145
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Ayat di atas jelas menunjukkan bhwa khinzir itu haram dan boleh dimansuhkan hukum nya hanya ketika darurat shj...Dan Allah juga berfirman ttg betapa buruknya serta ketidaksucian haiwan ini dan bertentangan dgn gaya hidup seorang Mukmin iaitu senantiasa bersifat bersih dlm kehidupan..
Dan ada lagi dalil2 seumpamanya sprt An-Nahl:115 dan Al-Baqarah:173...
Dan di sini sudah jelas bhwa hukum HARAM itu bukan rekaan nabi muhammad SAW, bahkan adalah arahan drpd Allah SWT sendiri. Dan bukti2 kajian sains telah mendapati bahawa di dalam khinzir ada sejenis kuman yg dipanggil cacing pita @ taenia. Kandungan cacing ini mungkin sampai beratus-ratus ataupun beribu-ribu dan amatlah banyak jika dibandingkan dgn kuantitinya di dlm badan haiwan2 lain sprt lembu dan kerbau...
Kalau dilihat secara logik dan ilmiah nya, Khinzir merupakan binatang yang paling berguna pada manusia.Banyak benda boleh dibuat dengan khinzir sprt jaket musim sejuk, beg dan etc. Dan kalau tiada kajian,tidak akan jumpa cacing pita yang tidak akan mati walaupun di masak dengan suhu yg tinggi.
Menurut Dr.Daniel S.Shapiro (pengarah klinikal makmal mikrobiologi Boston), Khinzir ni memang senang nak dapat penyakit,macam antrax,JE,butolism,brucella suis,influenza dan etc lebih 25 penyakit yang boleh kita dapat daripd khinzir. Dan sebahagian besarnya boleh membawa maut.Contoh,penyakit leptospirosi(penyakit dari khinzir juga) menyebabkan kerosakkan buah pingang dan hati.
Malahan dalam perubatan China pun,mrk menegaskan bahawa khinzir ni banyak masaalah.Sun See Mao ahli perubatan china kata makan babi merangsang penyakit lama seperti kemandulan,sakit tulang dan asma.Dan pada tahun 1997,terdapat kuman2 baru yang terdapat dalam babi ialah :
- Porcine Torovirus
- Porcine Rotovirus
- PRRS(Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus)
- H3N2 Swine flu virus
Sekarang,apa yang tak sesuai dengan masa sekarang??H1N1 yang banyak membunuh manusia sekarang namanya selsema Babi,dari khinzir itu sendiri.
Sama2 lah kita mengambil pedoman bagi menahan diri kita drpd tertimbulnya perasaan was2 terhadap agama kita..Nau'zubillah..~wasalam
No comments:
Post a Comment