Friday, December 24, 2010

Anatomy dan Student


'Antara Anatomy dan Study'

..Bismillahhirrahmaanirrahiim..

..Assalamualaikum/kunna..

Saya sangat pasti jika anda belajar anatomy, anda akan berhadapan dengan buku2 teks yang ber'volume'2...dan ini menjadi satu lumrah kebiasaan bagi mereka yang menceburi bidang MEDIC ini...sama lah juga bagi insan yang menaip di sini..~huahaha

Bak kata senior2, "I've been there."...dan ku akui agak susah untuk mengingati (bukan hafal erk) 'term2' MeDIC dalam BI, apatah lagi dalam Bahasa Latin!! Demikian itu, terdetik rasa di hati ini nak berkongsi tentang bagaimana diri ku ini mendalami ilmu Anatomy...

....dan tidak ku malu untuk mengatakan bahawa diri ku banyak mengambil cara2 dan teknik2 daripada orang lain bagi memperkemas sistem pembelajaran ku yang pada asalnya pun agak berterabur...maklum lah, diri ku masih dalam proses pematangan lagi ketika ini..~huhu

Kumpul punya kumpul, akhirnya ku temui jalan2 yang 'simple' dan paling asas sekali...


First Step : Visualization 

"Most people better learn anatomy by seeing how human body performs"


Kebenaran penyataan di atas telah terbukti berdasarkan pemerhatian terhadap rakan2 satu 'badge' ku...namun, lebih baik sekiranya seseorang itu memilih konsep pembelajarannya yang bersesuaian dengan personalitinya...

Namun demikian, ku cadangkan supaya belajar lebih kepada konsep gambaran, jujur ku katakan, kebanyakan pelajar kurang menyukai timbunan buku2 tanpa ada gambar2 untuk diperjelaskan kandungannya..soalnya sekarang, bagaimana??...Anda boleh belajar melalui buku2 ATLAS ataupun dengan software2 yang berlapis2 tersusun dalam rangkaian cyber zaman ini....ataupun, nak nampak 'advanced' skit, LUKIS SeNDIRI LAH..~huhu  


Namun, pendekatan kita dalam bidang MeDIC ini lagi manis rasanya jika digauli sekali dengan unsur2 hakikat Islam itu sendiri...contohnya dalam Embryology, bagaimana pada kaca mata kita sebagai seorang Muslim mempelajari proses2 kejadian manusia yang telah beratus ribu tahun terkandung dalam Al-Furqan??.... contoh video pembelajaran:




Second Step : Memorize In your Own Creativity 

"It is easier to memorize unfamiliar terms if you create certain rules"

'Rules' boleh ku tafsirkan kepada perkataan 'perATURan'...maksudnya, kaedah kita sendiri..dan ini bergantung kepada kreativiti individu masing2...

...contohnya seperti Peta Minda, lakar Jadual, menggariskan rangkaian2 vector dan etc dalam cubaan kita untuk memudahkan proses pembelajaran dan sekaligus mengingatinya dengan lancar dan sistematik...[ Latin + BI = my language ]...

....sistem ni pun Ok asalkan menepati cita rasa kita..dan ini sedikit sebanyak dapat memberi perangsang kepada kita untuk memperbanyak lagi bentuk2 'karya' kita untuk setiap topik yang berlainan...

"In another words, creating such rules and groups to memorize the terms can tremendously increase efficiency of your study of anatomy."..huhu, trust me...=D


Third Step : Take Self Tests 

"If repetitison is the mother of a skill then self test is father of the skill."


Oleh itu, amat bagus sekali pada mereka yang tidak memisahkan rangkaian ini :

STUDY ====>TEST

Semasa belajar, amat penting sekali bagi individu itu memeriksa setiap daripada langkah2 sistem pembelajarannya ....demikian itu, tidak hairan lah banyak kuiz2 serta latihan2 bagi mereka yang mempelajari Anatomy ini...khulasafnya, buatlah latih tubi walau sedikit...kerana Allah swt akan menilai setiap detik dan minit bagi hambaNya yang berusaha untuk kemajuan diri dan agama...

...Cukup setakat itu sahaja penulisan ku..sekadar 3 langkah yang mana telah menjadi asas dalam pembelajaran Anatomy berdasarkan pengalaman pengamal2 perubatan di sekitar dunia dan Mesir...

..Yang paling penting, BETULKAN NIAT dan perbanyakkan amalan2 kebaikan..InsyAllah..dipermudahkanNya... 

~wasalam~


No comments:

Post a Comment

::


: