Friday, March 29, 2013

I'm still lacking a lot!!

Bismillah..salam semua...hari ini terkesan sedikit dengan satu perbualan dan lintasan memori ketika pulang ke Malaysia semasa proses evakuasi bulan Februari 2011..jari jemari ini terasa gatal nak menulis pengalaman diriku sebagai seorang pelajar Medic yg serba kekurangan dalam semua aspek yg diperlukan utk bergelar seorang doktor...

..........................................................

Tidak kuingat berapa haribulan serta hari kejadian ini berlaku..namun, yang pasti peristiwa ini berlaku pada tengah2 bulan Februari ketika pihak kerajaan negeri memanggil para mahasiswa/wi Mesir untuk menghadiri satu taklimat ataupun lebih tepat..seminar bagi pengurusan pelajar2 ini utk kembali ke bumi Anbiya' ini...

Cerita ku ini tidak ada kaitan dgn tentatif2 program  itu tetapi berkait rapat dengan tempat majlis itu diadakan..di Balai Islam, Lundang..Usai sudah majlis itu tamat..lantas ak bangkit dan melangkah menuju ke surau untuk menunaikan Solat Zuhur..Sesampainya ak di surau...terlintas di benakku..Subhaanallah, penuh!!..ak tidak sempat untuk mengikuti jemaah pertama...kulihat pelajar2 lain yg ingin solat menangguhkan niat mereka kerana kepadatan yang melampau di tempat solat itu...dan secara tidak langsung mata kami semua tertarik dgn sedikit jamuan kuih muih dan air kotak yg disediakan khas untuk para pelajar....apalagi..seranglah...

Sambil aku menjamah kuih muih itu, kedengaran ucapan salam bergema dari surau tersebut..."sudah siap tu..", fikirku sendirian sambil mempercepatkan kunyahan ku....Alhamdulillah, segar sikit lepas makan dan minum tengahari ni..baru terasa bersemangat nk beribadah..haha

Tanpa melengahkan masa, terus ak menuju ke destinasi yang sudah ku nampak dari jauh...kulintasi kaki lima dewan dengan langkah yang teratur dan agak tergesa-gesa....ketika inilah ak ternampak satu kelibat manusia....ya, seorang akhawat sedang duduk sambil kakinya terhayung-hayang di atas longkang di tepi kaki lima yang mana ketinggiannya mencecah hampir 1 meter sambil bersandarkan di sebelah tiang bangunan....dari jarak 1 meter drpdnya ak hanya menjeling selama beberapa saat sebelum ku tetapkan pandanganku 'straight' ke arah surau...ku melangkah dgn seimbang dan agak tergesa-gesa memikirkan abangku mungkin akan meninggalkan ku jika ak terlambat sikit...haha..handphone dah la terlupa nk bawa..

Sedang ak sibuk mengorak langkah ke hadapan...tiba2 sekujur tubuh jatuh lemah melintang dari sebelah kiri berkatilkan lantai kaki lima...."Ya Allah!!", jeritku perlahan kerana hampir2 ak melangkahnya dek kelajuan langkahku...."Apahal pulak perempuan ni tidur kt sini?, fikirku dalam terpinga-pinga...haha..ak pun agak kabur dgn situasi ini kerana perkara ini belum pernah berlaku walaupun sekali seumur hidupku...Tatkala itu, ak baru perasan yang akhawat ini tidak sedarkan diri.."pengsan kot", aku mula menduga....ku nampak REM (Rapid Eye Movement) jls kelihatan...gawat ni, walaupun ak bljr pun x habis lg, naluri kemanusiaan ak mencemaskan ku...bagaimana jika perkara ini lebih 'serious' drpd apa yg ak sangkakan....pada ketika itu, kulihat seorang ustaz menuju ke arah ku dr surau di hadapan....beliau tidak perasan agaknya si akhawat ini tidak sedarkan diri sehinggalah ak memanggilnya untuk meminta bantuan.....

"Dik2, bangun dik", ustaz itu cuba mengejutkan gadis itu..sebanyak tiga kali perkataan2 itu diulang...namun, tiada reaksi..."nasib baik...masih bernafas lg rupanya..", lega sedikit apabila ku menyedarinya dgn pemerhatian dari sudut yg dekat....ustz cuba lg mengejutkanya, tp tak berani sentuh...huhu..ak pun sama....selepas beberapa ketika, ak tak tahan lg tngk ustz ni...ak cuba mengejutkannya dgn menggerak-gerakkan bahunya sebanyak tiga kali...namun, gadis itu tidak juga terjaga.....

Ustz mula panik...ak pun cuba bertenang...."Ustz, boleh tggu sini meta..ana nok gi panggil akwt kt sura nuh", kataku dlm loghat Kelantan..."hal perempuan lg baik jika diserahkan kpd pihak perempuan", fikirku....lantas ku berlari ke arah surau dan meminta tolong drpd beberapa org ikhwah supaya memanggil beberapa akhawat yg berada di dlm surau...ak pun tak pasti, ada ke akhawat dlm surau??..Insyaallah ada lah seorang dua yang ambil bidang medic ni....

Selepas beberapa ketika, keluar dua tiga orang akhawat dari bilik sembahyang sebelah...dan terus bergegas untuk memberikan pertolongan...ak pun tak tahu...mrk ni Ustzah ke Doktor??..tak ada beza pun sbb semua bertudung labuh...kalau kt Mesir, susah benar nak nampak pljr medic akhwat bertudung labuh....sesudah itu, mrk memapah gadis tersebut dari belakang dan cuba menyedarkan gadis tersebut dgn percikan air sambil berselawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah s.a.w. disertai dgn bacaan ayat2 suci al-Quran yg lain...selepas beberapa ketika, Alhamdulillah..sedar akhirnya gadis itu...ak pun terus berganjak dari kwsn itu dan terus ke surau untuk menunaikan solat Zuhur yang dah lama tertangguh..haha....syukur kpd Allah swt...

........................................................

Sesudah ak siap menunaikan solat...ku masih lg melihat beberapa akhwat sedang berkerumun di sekeliling gadis itu...wahh...tadi tiga orang saja..skrg, dah lebih sepuluh....mrk cuba menyegarkan gadis tersebut dan membantunya menghubungi keluarganya...Ya Allah, hati budi manusia mmg mudah tersentuh.....alamak, ak dah lewat ni...nanti kena tinggal pulak...haha.....

Ketika itu, ak terfikir-fikir....betapa ceteknya ilmu ku dan betapa banyaknya kekuranganku berbanding dgn mrk yg menghadiri majlis ini...layakkah ak dipanggil sebagai seorang mahasiswa yg selama ini kurang 'serious'; dalam menuntut ilmu...Subhaanallah...engkau telah memberikan ku satu harapan yg baru Ya Allah...Wallahu'lam~
    

No comments:

Post a Comment

::


: