Friday, March 29, 2013

Oral Exam Ophthal..Satu Cubaan atau Nikmat?

Bismillahirrahmanirrahim, baru selepas 2 hari lalu iaitu pada 27hb Mac 2013, aku dan sahabat-sahabat menempuh peperiksaan praktikal dan lisan dan ALhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada sahabat-sahabat yang ter'miss' hari tersebut.Terasa nak catat sedikit untuk peringatan ku pada masa hadapan dan aku pun agak lapang ketika ini hehe.

Hari Rabu, di awal pagi, aku bergegas ke Deparment 14 pada awal pagi kerana peperiksaan akan bermula sekitar 7 pagi. Diberitahu supaya datang pukul 6.30 pagi, namun sampai memang tepat-tepat pukul 7. Bukan aku seorang, ramai daripada kalangan sahabat memilih untuk datang 'on time' berbanding datang awal, hehe..

Apabila sampai sahaja aku di sana, suasana exam mula dirasai dengan sedikit adaptasi wad-wad di situ dimana beberapa meja dan kerusi telah diatur bagi peperiksaan lisan. Suasana yang berbeza walaupun di tempat ini lah kami mengutip ilmu yang dilontarkan oleh doktor-doktor dalam bidang Ophthalmology sepanjang 8 minggu kami di department ini. Hu~ terasa sedikit cemas sambil kaki melangkah masuk ke ruangan kelas untuk bahagian pertama peperiksaan iaitu 'slide exam'.

Exam dimulai dengan 'slide-slide' PPT untuk pertanyaan diagnosis dan satu soalan pendek. Jumlah slide adalah sebanyak lima slide, gambar pertama tentang Glaucomatous cupping Primary Optic atrophy, kedua kalau tidak silap Retinitis Pigmentosa, Ketiga Red reflex with Posterior Cortical Opacity, Keempat aku lupa (haha) dan kelima gambar menceritakan tentang Horner;s Syndrome. Kalau tidak silap jawapannya, maka kira betul lah jawapan aku, InsyaAllah,

Sekarang masuk ke sesi kedua, iaitu exam klinikal praktikal di mana setiap pelajar akan diberikan satu pesakit (yang duduk kat atas katil) untuk diperiksa peperiksaan klinikal untuk mengenalpasti penyakit yang dihadapi pesakit. Aku masuk ke dalam wad menjadi sebahagian daripada kumpulan yang kedua terawal untuk 'clinical examination'. Masuk dengan tenang sampai ke sebuah katil yang dijaga oleh Dr Nasywa(kalau tidak silap) dan seorang makcik yang menundukkan pandangannya dengan keadaan duduk di atas katil sambil kaki mengunjur ke hadapan.

Aku memasuki suasana itu dengan sebuah salam. Maka dijawab makcik tersebut dengan salam, Dr Nasywa pun sahut jugak. Aku terfikir sejenak, makcik ni nampak macam pening je, apa yang kawan aku seorang yang masuk awal (dalam kumpulan pertama) buat sampai terpinga-pinga makcik ni, mungkin silau kot. Sedetik itu juga, terus ku minta izin makcik itu untuk memeriksa mata kanannya dengan suluhan lampu. Didapati terdapat satu keputihan pada kanta mata. Aku main-main kan suluhan lampu sehingga ke kiri ke kanan untuk melihat 'iris shadow' (bayangan iris mata yang terhasil disebabkan kewujudan pantulan cahaya dari kanta mata) tidak lain dan tidak bukan untuk meyakinkan diagnosis ku iaitu Immature Senile Cataract. Aku tulis dengan yakin, InsyaAllah betul kot.

Secara ringkasnya, kami akan diuji dengan dua soalan, satu 'spot diagnosis' yang ditulis diagnosisnya selepas diperiksa mata dan satu lagi adalah kami perlu tunjuk ataupun demonstrasi kepada doktor yang bertugas macam mana nak periksa makcik ni secara klinikal. Dalam kes aku, aku kena periksa 'pupil' (ruangan mata yang membesar dan mengecil disebabkan pantulan cahaya), agak mudah lah sebenarnya, Alhamdulillah Allah permudahkan. Pemeriksaan ini boleh dikatakan antara yang paling mudah untuk dilakukan.

Alhamdulillah, makcik memberi kerjasama yang baik untuk tugas kedua aku memeriksa 'pupillary reaction' dan 'swinging light reflex test'. Pada mulanya, aku tersilap langkah, tetapi aku sempat membetulkannya sebelum doktor menegurku hehe. "Syukran Ya hagah", ku mengucapkan kalam penghargaan kepada beliau.

Selepas hampir 40 minit kami dikumpulkan dalam satu ruangan untuk menghabiskan peperiksaan bagi sahabat dan sahabiah yang lain, maka bermula lah ujian lisan atau lebih masyhur dengan sebutan: "Oral Exam". Bahang mula dirasai, masing-masing mula nampak cemas dan tidak dilupai 'syndrome' sebelum nak exam datang menziarahi seperti sakit perut, lapar dan sebagainya. Aku cuba menenangkan diri dengan membuka buku untuk dibaca. Hakikatnya, semua yang dibaca tak masuk dalam kepala, cuma itu satu wasilah untuk ku supaya bertenang dalam fatrah menunggu selama lebih 30 minit itu.

Selepas itu, kami dipanggil seorang demi seorang untuk bertemu dengan profesor-profesor yang akan menyoal kami tentang manhaj Ophthalmology. Mereka ingin tahu, adakah apa yang mereka ajarkan kepada kami menjadi kefahaman atau fakta semata-mata bagi kami.

Sedikit tentang peperiksaan lisan kali ini, setiap orang akan dipanggil dan dihadapkan dengan profesor-profesor department yang menjadi tenaga pengajar sepanjang Round Ophthal kami,(supaya Allah melimpahi usaha mereka atas pemberian ilmu perubatan kepada kami semua, Amin) dan setiap orang akan ditanya paling kurang 2 orang doktor dan salah seorang akan memainkan watak 'mask face' manakala seorang lagi akan membantu kita (bagi 'hint' lah sikit) untuk menjawab. Kalau ada doktor yang lebih, ia akan menjadi pemerhati sahaja, Alhamdulillah, dalam kes aku, aku dapat doktor yang baik (tak garang lah), Dr Aiman dan Dr Nasywa kalau tidak silap.

Hendak diceritakan agak tragis juga, maklumlah soalan yang didapati memang tidak kena pada bacaan selama 3 hari aku buka buku, haha. Ibrahnya, kena belajar awal sedikit supaya tidak lah kita ni memandang rendah pada peperiksaan dan bersedia bila-bila masa untuk menghadapi sesuatu peperiksaan.

Namun, Alhamdulillah, aku masih mampu menjawab soalan-soalan tersebut biarpun pembacaan ku agak kurang (taklah sampai senyap terus hehe) jika dibandingan dengan sahabat yang lain. Maklumlah, orang baca buku Medic, kita baca buku lain, haha.

Soalan-soalan yang aku kena soal selepas memilih sekeping kertas A4 yang dipotong kepada dua bahagian. Apabila dibelek ke ruangan yang bercetak, aku melihat tulisan sedikit sebanyak seperti di bawah:

1. Differential Diagnosis of Follicular conjunctivitis,
2. Diagnosis of Primary Open Angle Glaucoma,
3. Metabolic disorder that can cause corneal opacities,
4. Hyphema: Causes & Management

Sedikit termenung, sebab dalam keempat-empat soalan ini, hanya dua soalan aku tahu dengan 'detail' sedikit, yang lagi dua agak *blur lah, namun jawapan dia aku terfikir jugak time tu (on the spot). Alhamdulillah Allah nak bagi petunjuk dan aku boleh lah jawab, tetapi secara 'superficial' lah, tidaklah terperinci sangat.

Ku mulai jawapanku dengan soalan ke 4, seterusnya soalan ke 2, soalan nombor 1 dan akhir sekali yang paling 'blank' sekali soalan nombor 3. Memang target doktor untuk menggunakan setiap perkataan ku menjadi satu soalan. Dan dari soalan itu meleret ke soalan yang lain, sampai lah kita 'blank', haha. Memang semua teman kena macam tu, memang penutup kita ditutupi dengan penjelasan daripada doktor/profesor dan tidak dengan susunan ayat jawapan kita. Namun, teknik ini mampu membezakan antara kefahaman dan fakta semata-mata. 'Kamu tahu sahaja atau kamu faham?', seolah itu apa yang mereka ingin ketahui daripada aku dan sahabat-sahabat lain. Agak tertekan, namun aku keluar dengan satu ibrah yang baru, "Aku kena baca, hafal dan faham betul-betul!', hati terdetik merasai betapa luasnya dunia perubatan ini. Senyum.

Alhamdulillah a'la kulli hal, berakhirnya exam praktikal dan oral ini memberi impak kepada ku untuk cuba memahami Ophthalmology ini dengan lebih mendalam dan banyakkan membaca buku lain selain buku department. InsyaAllah, akan ku exam oral sekali lagi untuk Ophthalmology dalam 'exam Final' dua bulan lagi. Sekali lagi, akan bertemu lagi dengan cabaran ini, mudah-mudahan aku lebih bersedia untuk menghadapinya, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

::


: