Assalamualaikm....satu ketika sakhanah di kediaman ku ROSAK...ape lg, time musim2 sejuk ni lah die nk buat hal...tp, ak redha..sbb ak tak guna pun sakhanah tu...bak kata lain, sakhanah itu hanya perhiasan tandas di mataku...ttibe..dan semenjak itu, ku pikir dan ku pikir...perlu kah ku kpd sakhanah(pemanas air) utk membersihkan diriku dlm seharian ??...
ku rasakan tidak kuperlu 'benda' itu...~huhu
Hal ini demikian kerana, air sejuk lg bagus drpd air panas mahupun suam....ANDA SETUJU???!!! ataupun TIDAK??!!...Ok, jom kita sama2 selami dalam2 perkara ini...
“Ya Allah, cucilah diriku dari dosa-dosaku dengan air batu dan air embun…”
(Riwayat drpd Shahih Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah pernah berdoa:
“Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosaku dengan air salji dan ais.”
Nyata sudah terang lagi bersuluh di dlm Al-Quran...Firman Allah SWT:
Dan ingatlah peristiwa hamba Kami: Nabi Ayyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ’Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab siksa (penyakit)”.
Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”
Dan kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang)
Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”
Dan kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang)
Surah Sod (38:41-43)
Daripada ayat2 di atas, ada sesetengah penyakit yg diakibatkan oleh syaitan serta jin2 kpd manusia...dan ini terbukti wujud dan benar2 pernah berlaku...setelah perubatan moden, drug2 dan etc telah digunakan utk merawat penyakit2 tersebut tidak berjaya, besar kemungkinan ianya berkaitan dgn panahan dengki para syaitan dan jin....
Hadis riwayat Imam Malik juga dari Muhammad bin Abu Umamah bin Sahal, dari ayahnya. Disebutkan di situ:
“Sesungguhnya penyakit ‘ain itu ada.
Berwudhu’lah untuk menghadapinya."
Manakala Abdurrazzaq meriwayatkan juga dari Ma’mar, dari Ibnu Tawus, dari ayahnya secara marfu’:
“Penyakit ‘ain itu nyata. Yang ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu sesuatu itu adalah ‘ain. Apabila salah seorang di antara kamu dituntut untuk mandi, hendaklah ia mandi.”
Oleh itu, tidak salah utk kita mencuba rwtan ini walaupun dunia telah maju ke hadapan dan para doktor2 skrg hanya melihatnya sbgai sejarah islam semata-mata dan amatlah jarang sekali dan peritnya utk diamalkan...
Namun, shukur kpd Allah swt krn masih ada pengamal2 perubatan yg mengamalkan rawatan sunnah Rasulullah....AlHamDulillaH...
Diperkuatkan lagi hujahnya dgn kajian dari segi metafizik... yakni mandi dgn air sejuk akan :
- Menguatkan tenaga spirit dan daya magnetik tubuh.
- Membersihkan medan tenaga elektromagnetik.
- Meleraikan frekuensi-frekuensi yang membinasakan di sekeliling tubuh.
Dan ketiga-tiga faktor ini akan menentukan gelombang-gelombang mana yang ditarik samada gelombang jarak dekat yang positif atau baik atau gelombang jarak jauh yang negatif dan memudharatkan dan merugikan.
Khulasafnya, apabila kita memandang sesuatu perkara, pandanglah sesuatu itu dgn pandangan husnu zhan (bersangka baik) pada kali yg pertama krn anda belum mengetahui baik dan buruknya dan 'apakah' sebenarnya perkara itu...
Dan I'Allah...kita akan memperoleh hasil yang memuaskan dan menguntungkan diri jika kita selalu bersikap optimistic dan kita akan menyedari kekurangan kita dlm kehidupan seharian dan sekaligus mengingatkan kita kpd Allah swt....SubHaanAllah.. ~wasalam
saya pun tidak pakai
ReplyDelete